Sunday, August 16, 2009

KECELARUAN BAHASA


Bahasa Melayu baku tidak mendapat perhatian serius daripada penuturnya, lebih-lebih lagi orang Melayu. Ada sikap, sama ada sedar atau tidak, dalam kalangan sesetengah orang Melayu bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari kerana mereka sudah menguasainya. Anggapan ini ternyata salah. Ada yang beranggapan bahawa yang penting hanyalah pemahaman. Jika pengucapan mereka difahami maka itu sudah lebih daripada memadai.

Pada umunya, kecelaruan dan kelemahan berbahasa tentulah dapat dilihat dari segi system pengajaran dan kurikulum bahasa Melayu itu sendiri di peringkat sekolah rendah dan menengah. Jika pengajaran dan kurikulum pelajaran bahasa Melayu di peringkat ini dirangka serta dilaksanakan dengan berkesan maka sebahagian besar masalah mungkin dapat diselesaikan. Selain itu, penggunaan bahasa oleh media massa kerana media cetak atau media elektronik merupakan salah satu saluran pembelajaran bagi masyarakat terutamanya pengajaran secara tidak formal. Perkara yang berlaku pada media tempatan dalam konteks perkembangan dan penyebaran bahasa Melayu baku setakat ini amatlah tidak membanggakan.

Kerap kali, kecelaruan berbahasa ini menjadi ikutan masyarakat setempat. Bagi pendengar atau pembaca, sesuatu tuturan yang diujarkan oleh seseorang tokoh dalam suatu bidang, selain bahasa, adalah betul. Misalnya, bahasa yang tercetak di dalam akhbar, majalah, buku, atau tuturan penyiar dalam media elektronik menjadi rujukan tentang nahu bahasa Melayu sedangkan kesalahan bahasanya berlakudengan banyak. Ini menyebabkan proses pendidikan bahasa Melayu baku berjalan lambat, malah menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam kalangan khalayak.

Kecelaruan berbahasa dan ketidakmantapan bahasa itu sendiri menyebabkan taraf bahasa Melayu static.

0 comments: