SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PELAJAR2 LINGUISTIK TAHUN 3 DAN JUGA PENSYARAH2 LINGUISTIK MOGA2 RAMADHAN KALI INI AKAN MEMBERI KITA SERIBU SATU KEBERKATAN DAN HIKMAH.. HEHE...
KEPADA SEMUA PELAJAR LINGUISTIK TAHUN 3 KHUSUSNYA KETUA BAGI SETIAP POST ATAUPON SEKRETARIAT HARUS MEMANTAU SETIAP ANAK BUAH MASING2 DAN GERAK KERJA BOLEH DILAKUKAN DARIPADA SEKARANG.
SEGALA DESKRIPSI TUGAS AKAN SAYA BAGI KEPADA SETIAP POST DALAM MASA TERDEKAT INI...
JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI MAHASISWA YANG EFISIEN DAN BIJAK DALAM PELBAGAI ASPEK.
Bahasa Melayu baku tidak mendapat perhatian serius daripada penuturnya, lebih-lebih lagi orang Melayu. Ada sikap, sama ada sedar atau tidak, dalam kalangan sesetengah orang Melayu bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari kerana mereka sudah menguasainya. Anggapan ini ternyata salah. Ada yang beranggapan bahawa yang penting hanyalah pemahaman. Jika pengucapan mereka difahami maka itu sudah lebih daripada memadai.
Pada umunya, kecelaruan dan kelemahan berbahasa tentulah dapat dilihat dari segi system pengajaran dan kurikulum bahasa Melayu itu sendiri di peringkat sekolah rendah dan menengah. Jika pengajaran dan kurikulum pelajaran bahasa Melayu di peringkat ini dirangka serta dilaksanakan dengan berkesan maka sebahagian besar masalah mungkin dapat diselesaikan. Selain itu, penggunaan bahasa oleh media massa kerana media cetak atau media elektronik merupakan salah satu saluran pembelajaran bagi masyarakat terutamanya pengajaran secara tidak formal. Perkara yang berlaku pada media tempatan dalam konteks perkembangan dan penyebaran bahasa Melayu baku setakat ini amatlah tidak membanggakan.
Kerap kali, kecelaruan berbahasa ini menjadi ikutan masyarakat setempat. Bagi pendengar atau pembaca, sesuatu tuturan yang diujarkan oleh seseorang tokoh dalam suatu bidang, selain bahasa, adalah betul. Misalnya, bahasa yang tercetak di dalam akhbar, majalah, buku, atau tuturan penyiar dalam media elektronik menjadi rujukan tentang nahu bahasa Melayu sedangkan kesalahan bahasanya berlakudengan banyak. Ini menyebabkan proses pendidikan bahasa Melayu baku berjalan lambat, malah menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam kalangan khalayak.
Kecelaruan berbahasa dan ketidakmantapan bahasa itu sendiri menyebabkan taraf bahasa Melayu static.
SALAM.... NIE LA 10 JEJAKA LINGUISTIK... KAMI ADALAH JUMLAH LELAKI PALING RAMAI TOK KOS LINGUISTIK..DLM SEJARAH LA KONON...HEHE.. DLM GMBR TUE DE LG 2 ORG XDE DLM PIC..IAITU DAUZ N NUAR..SORRY KORUNK..HEHE...
Berkata mengenai Pencemaran bahasa merupakan satu isu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Banyak perbincangan telah dibuat dan juga rancak diperkatakan mengenai isu ini. Antaranya ialah Pertemuan Angin Timur Laut di Kuantan, Kongres Kebudayaan Rumpun Melayu 2004 dan Kongres Bahasa Utama telah memperkatakan secara kritis mengenai nasib dan hala taju bahasa yang berstatus kebangsaan itu pada tahun-tahun mendatang.
Itu tidak mengambil kira pertemuan atau seminar lain yang turut memperkatakan segala bentuk permasalahan dalam bahasa Melayu.
Lebih memburukkan beberapa isu nasional yang memperlihatkan sikap dan kesungguhan melihat bahasa yang menggambarkan citra penggunaan bahasa yang keliru dan mencemarkan imejnya.
Di sebalik usaha memartabatkan bahasa Melayu para pejuang dan pencintanya pula begitu mudah mendapat label sebagai chauvinis dan pelampau bahasa.
Namun dalam ketandusan gerakan dan perjuangan yang benar-benar mantap serta mendapat dorongan politik, sikap seperti ini merupakan pilihan yang ada dalam berdepan dengan situasi yang anarkis.
Tanpa kesungguhan daripada kelompok yang teguh semangat dan kecintaan, bahasa Melayu hanya menunggu saat kehancuran.
Punca-punca berlakunya pencemaran bahasa.
1.Sikap
Rempuhan pemodenan yang menjadi alasan untuk mengetepikan bahasa tidak dapat disangkal kerana sikap pengguna yang tidak prihatin dan bersikap ambil mudah.
Malah bahasa yang bersifat `separuh ular, separuh belut' menjadi santapan mulut dan dijaja untuk menjadi perkataan yang wajib dipakai sebagaimana infotainmen dan sure heboh.
Sebab itu kesan daripada pertemuan dan resolusi yang dikeluarkan memerlukan penegasan yang menuntut suatu tahap perjuangan agresif.
Sikap berlembut atau perjuangan pasif demi mengekal status organisasi dan kepentingan peribadi hanya akan menjerumuskan nasib bahasa dan budaya ke tahap kehancuran.
Kegagalan menegaskan resolusi Pertemuan Angin Timur Laut misalnya merupakan satu yang bertentangan dengan aspirasi pertemuan tersebut. Tentunya mendukacitakan apabila semangat pertemuan itu tidak membuahkan hasil dan sekadar menjadi kertas kerja atau cakap-cakap kosong.
Demikian juga resolusi Kongres Rumpun Melayu di Johor Bahru masih belum dapat dilihat keberkesanannya dalam mengekalkan bahasa dan budaya penduduk asal sebagai teras yang dijunjung.
Sikap selalu beralah dalam soal berhubung dengan budaya dan bahasa dilihat lebih merugikan. Tanpa meragukan perlu adanya sikap tolak-ansur, sikap beralah sebenarnya akan menghilang bisa dan kekuatan sendiri dan tidak memberikan faedah untuk jangka masa panjang.
Fenomena pencemaran bahasa yang berlaku sepanjang tahun menggambarkan sikap sebenar pengguna bahasa dan kesungguhan pihak yang diberi tanggungjawab seperti pihak-pihak berkuasa tempatan (pbt) menjalankan tugas. Malah khabar yang membenarkan pengiklan menggunakan bahasa yang disukainya pada papan-papan iklan menunjukkan sikap dan prejudis terhadap bahasa Melayu.
Membentuk sikap bukanlah usaha mudah, tetapi memerlukan masa yang panjang, dan pembentukan dan membaiki keadaan perlu dilakukan dengan segera.
Sikap peka, prihatin dan lekas bertindak memang dituntut pada ketika ini, namun kelekaan masyarakat masih menjadi masalah besar, kerana perjuangan bahasa dan budaya tidak pernah menjadi agenda atau perlu dipedulikan.
2.Teras
Pertubuhan bahasa, sastera dan budaya sewajarnya menjadi badan pendesak bukan atas nama menjadi golongan penentang, tetapi keperluan untuk melihat kelangsungan kepada jati dirinya sebagai teras kepada pembentukan sebuah negara bangsa.
Tidak jauh nasibnya dengan bahasa dan budaya, sastera Melayu juga mengalami masalah dan dilema serupa apabila berdepan dengan pelbagai kemelut.
Pelbagai usaha yang pernah dan sedang dilakukan tidak menjamin kelangsungan sastera Melayu, apabila penerimaannya dilihat semakin merosot.
Contoh paling klasik apabila sekolah-sekolah tidak mahu menawarkan mata pelajaran sastera di sekolah dengan alasan tidak menjaminkan masa depan. Jika adapun sekadar melepaskan batuk di tangga kerana seperti dikhaskan kepada pelajar yang diistilahkan `mata merah.'
Umum mengetahui sastera di sekolah tidak seperti matematik dan sains yang akan menjelaskan arah kerjaya pelajarnya yang cemerlang
Namun di negara-negara maju, karya-karya sastera menjadi bahan bacaan tetap para pelajar sehingga masyarakatnya begitu positif serta proaktif kepada sastera dan kesenian.
Secara umumnya sikap dan pemikiran masyarakat di negara terhadap sastera masih dianggap lemah dan skeptik sehingga menganggap sastera sebagai suatu yang eksklusif untuk orang sastera sahaja.
Membaiki masalah bahasa dan sastera adalah usaha membetulkan sikap, persepsi dan idealogi penutur dan khalayaknya, serta memahami bahawa kedua-duanya tidak hidup semata-mata dengan slogan yang muluk atau sekadar pada kertas-kertas kerja dan ilmiah.
Masalahnya perjuangan bahasa, sastera dan budaya hari ini kehilangan taring, atau pejuangnya tidak lebih daripada harimau kertas yang tua serta lusuh ditelan zaman.
Actually, I very boring at the home. Now, I at the my home at Cheras. All of you know right why me at the home?? hehehe...
Here, I want to introduce about myself...
My full name is Mohamad Nazree Bin Nordin. I was born at Port Dickson, Negeri Sembilan. My date of birth is a 19 September 1987. I have 4 siblings and I is a first in my family. My father is Inspector Police Officer. I study in standard 1 until 6 at SK, Stapok, Kuching, Sarawak. In form 1 until 5, I study at St Thomas Institution, Kuching, Sarawak. After that, I continued study in form 6 at St John Institution, Kuala Lumpur.
If you want to know, I can dancing and singing. In 12 years old, I began learn dancing at Culture Village Sarawak. Now, I know about all traditional dance such as zapin, joget, inang, silat and also Sarawak dance. I also ever representative Sarawak in Citrawarna Malaysia at 2004 and 2005. Besides that, I like debate, forum, pantun, poem, and pidato. I ever representative in Pidato Hasil LHDN and I was won at school and state area but I lost in national area. I just get fourth place. In March last time, I also representative UKM in Festival Pantun Melayu at USM, Penang.
Actually, I get continued study at UMS, Sabah but I change at UKM because my family don't give permission to me study at there. Now, I study at UKM in Linguistic Programme.